Video Making Training PI Kelantan

25 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Program Video Making Training PI Kelantan telah diadakan di PI Chengal. Program ini dilaksanakan bagi memastikan staff dan kakitangan PI dapat mengklasifikasikan teknik dan cara pembikinan video yang lebih bermutu. Melalui program ini, mereka dapat memberi ilmu tentang teknik pembikinan filem/video secara berkualiti dan lebih bermutu kepada penduduk di sekitar PI mereka.

Dianggarkan seramai 32 orang peserta terlibat. Teknik pembikinan video ini diajar oleh dua orang staff PI dari Zon Utara. Perkongsian daripada mereka dan input – input yang disampaikan amat berguna untuk staff PI dalam memberikan tinjuk ajar kepada pelajar, ahli PI dan penduduk setempat dalam membuat video yang lebih kreatif.

Program ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan Cik Mardziyah binti Wahab. Program dijalankan selama 3 hari 2 malam. Program berakhir dengan tayangan setiap video dari PI masing-masing dengan kerjasama gabungan setiap PI mengikut daerah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas